Salam.................Ya Allah............semalam, aku sekali lagi menghadapi saat-saat yang tidak menyenangkan...berhadapan dengan projek yang tidak besar mana tapi semacam ada banyak halangan yang tidak seperti yang telah dirancangkan. Jika dulu, sebelum tender, aku berhadapan dengan konsultan yang aku sendiri keliru....adakah ini sikap konsultan sekarang atau adakah ini segelintir sikap konsultan sekarang yang akhirnya memburukkan profesion kita sendiri.....?Kalau dulu aku juga menjadi arkitek di firma swasta......punyalah takut kalau pergi meeting dengan tidak menyediakan diri dengan selengkapnya.....bersedia untuk ditanya dari segenap segi persoalan klien,...menyediakan selengkap lukisan2 yang diperlukan dan mencatit serta menyempurnkan minit mesyuarat yang lepas dengan lengkap......Tapi ini jarang berlaku bila aku melihat sikap konsultan dari sudut pandangan klien. Kalau dulu, aku pernah dimarah klien kerana datang lambat meeting, walaupun lewat lima minit.....kalau dulu, aku kena marah kalau datang meeting bawa lukisan yang tak lengkap. Kalau dulu, aku kena tegur dengan klien kalau memberi maklumat teragak2.....tapi Alhamdulillah, aku cepat belajar.....tapi bila aku di pihak klien, terutamanya dalam agensi kerajaan.....aku lihat semua tu jarang berlaku....adakah konsultan dimanjakan?....bukan mereka baru sekali dua buat kerja dengan agensi kerajaan......tapi aku cukup terasa......apabila, diletakkan budak yang sememangnya baru dalam dunia architecture......budak yang baru grade......dah tu hanya PART 1.....untuk mengemdalikan projek yang boleh dianggap kecil.....1.5 Juta....bukan kecil...tapi tak besar.....setiap kali meeting, perlu diingatkan buat itu....buat ini.....aku jadi bosan melayan keranah begini.....macam jadi lecturer pun ada jugak rasanya......ini bukan gelanggang untuk buat ujikaji.....ini adalah gelanggang sebenar......kesabaran aku benar2 teruji.....puas aku pujuk hati untuk bersabar.....tenang.....tapi setiap kali berdepan dengan ahli kumpulan projek ini......konsultan terutamanya....aku jadi tidak boleh duduk diam....aku akan gusar...seolah aku pulak yang jadi konsultan........Ya Allah.....aku mintak tolong......kuatkan semangat aku berhadapan dengan orang2 sebegitu dan kuatkan iman aku dalam menjatuhkan setiap keputusan......
Friday, July 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment